Panduan Terbaik untuk Membeli Penapis Air

 




Membeli penapis air yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Bekalan air yang diterima daripada rumah kita bukanlah sentiasa bersih kadang kala berlumpur, kekuningan, berbau yang mana ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai air minuman. Oleh sebab itu, demi kesejahteraan keluarga, ramai yang mengambil inisiatif memiliki penapis air di rumah.

Bila bercakap mengenai panduan terbaik untuk membeli penapis air, di sini saya menyediakan beberapa panduan untuk anda buat sebagai rujukan.

Apakah itu penapis air?

Satu proses penapisan untuk mengurangkan kehadiran bahan terampai seperti parasit, bakteria, alga, virus, dan kulat.

Dalam satu artikel mbghealth, menurut Environmental Working Group's comprehensive tap water database, pada tahun 2019, terdapat kira-kira 300-400 bahan cemar termasuk plumbum, mikroorganisma, isotop radioaktif, racun perosak dan logam yang terperangkap dalam sistem air perbandaran di seluruh negara.

Bagaimana memilih penapis air yang terbaik?

 

1.     Kenal pasti jenis penapis air yang diperlukan

Kita dapat lihat Water filter in Malaysia yang dihasilkan mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Sudah tentu sebagai pengguna anda masih runsing bagaimana mahu memilih penapis air yang sesuai untuk anda. Saya akan jelaaskan serba sedikit beberapa jenis penapis air yang dihasilkan oleh syarikat jenama penapis air.

·        Table Top Water Filter

 


Table Top water Filter kebiasaannya diletakkan di atas kabiner dapur anda bersebelahan dengan sinki untuk memudahkan penyambungan hos kecil ke paip.

Ini adalah merupakan penapis air daripada Aqua Kent yang mempunyai peringkat sistem penapisan yang berbeza untuk mengeluarkan kebanyakan kekotoran.

·        Floor Stand Water Filter



Kebiasaannya Floor Stand Water Filter digunakan di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Pejabat, Sekolah, Universiti dan sebagainya kerana ia dapat menampung jumlah kapasiti yang lebih banyak.

Hot and cold water dispenser keluaran Aqua Kent ini membolehkan anda mendapatkan air panas dan sejuk pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja

·        Under counter/sink water filter



Di bawah kaunter/sinki, air akan disambung terus ke saluran air anda dan ia akan mengeluarkan air yang ditapis melalui paip kecil dan bukan melalui paip utama.

Secara keseluruhan, sistem rawatan air berfungsi sama dengan penapis air yang lain. Namun apa yang membezakan adalah ia tersembunyi di bawah kaunter/sinki dapur anda untuk menjadikan dapur anda kelihatan lebih kemas dan teratur.

 

Kesimpulannya di sini anda sebagai pengguna perlu mengetahui jenis penapis air yang anda inginkan yang sesuai mengikut kehendak dan keperluan anda.

2.     Harga yang ditawarkan

Ini merupakan elemen terpenting untuk anda sebelum membeli mana-mana jenis penapis air. Terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan apabila melibatkan soal harga. Saya faham bukan semua mampu untuk membeli penapis air yang mahal.

Namun begitu, adakah penapis air yang mahal mampu menjamin kualiti kebersihan air? Dan adakah semua jenama penapis air yang murah tidak mampu untuk menjamin tahap kebersihan kualiti air?



Walaupun begitu, anda juga perlu lebih berhati-hati kerana jika penapis air tersebut dijual dalam anggaran yang terlampau murah dan tidak masuk akal kemungkinan itu adalah palsu.

Benda yang anda perlu lihat adalah adakah teknologi tapisan yang digunakan oleh jenama tersebut mampu memberikan anda kualiti kebersihan air pada tahap yang optimum. Teknologi yang diberikan perlulah sesuai dengan harga yang dibayar oleh anda.



Aqua Kent Onyx Table Top Hot Cold Normal Water Purifier ini menggunakan sistem penapisan 5 peringkat di mana setiap daripada peringkat tersebut mempunyai fungsi yang berbeza untuk menapis air. Penapis air atau water purifier daripada Aqua Kent sememangnya mementingkan tahap kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna mereka. Malahan setiap harga yang ditawarkan lebih murah dan lebih penjimatan.

3.     Pilih jenama dengan sistem penyelenggaraan yang baik

Penyelenggaraan penapis air amat penting untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik. Jangan pandang remeh berkenaan dengan servis penyelenggaraan. Kebiasaannya syarikat penapis air ada menyediakan servis penyelenggaraan secara berkala atau beberapa bulan sekali.

Namun sebagai pengguna anda perlu berhati hati, kerana dikhuatiri syarikat penapis air yang anda pilih tidak mempunyai servis penyelenggaraan. Kesannya, anda terpaksa menanggung kos kerugian akibat daripada mesin penapis air yang tidak berfungsi dengan baik.

Di Aqua Kent, mereka sentiasa mementingkan servis penyelenggaraan yang terbaik dan mereka akan menghantar juruteknik ke rumah anda untuk melakukan sebarang penyelenggaraan yang diperlukan.

4.     Pastikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah bagus

Kebiasaannya jika kita baru mahu membeli penapis air kita masih belum mengetahui sejauh mana perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat jenama penapis air tersebut adakah baik atau sebaliknya. Oleh itu, cara yang mudah untuk mengetahui kualiti perkhidmatan yang ditawarkan bagus atau tidak dengan melihat kepada ulasan pengguna.

Perkhidmatan merangkumi semua aspek seperti perkhidmatan sebelum, semasa dan selepas pembelian. Sebagai contoh, sebelum pembelian jurujual akan memberikan penerangan kepada anda berkenaan penapis air. Selain itu, seperti yang diterangkan sebelum ini, penyelenggaraan terhadap penapis air perlulah dilakukan secara berkala oleh syarikat jenama penapis air.

Di Aqua Kent, anda dapat menikmati kesemua faedah yang saya sebutkan sebentar tadi. Jika terdapat sebarang permasalahan dengan mana-mana produk keluaran Aqua Kent anda tidak perlu risau kerana mereka sedia membantu anda mengatasi masalah.

Ulasan Pengguna Tentang Aqua Kent

“Good product with good price. Thank you for the fast delivery and installation.”

Siva

“Thank you for the free delivery and installation to my home in PJ.”

Raihan-PJ

“Received the item and installation was professionally done. The capacity of the machine is really good for our many office staff.”

Tan Chee Kong

“Selapas pasangan Air yang dapat selepas tapis itu sedap untuk minum. Produk yang berkualiti.”

Azman-JB

“Have been using it for past 2 years now so far so good. The water filter system is really advanced. Water taste is nice too.”

Carol-Kajang

 

5.     Membuat perbandingan dan perbezaan

Akhir sekali, sebelum membeli anda mestilah membuat perbandingan di antara setiap jenis penapis air. Buat setiap satu aspek yang boleh dibandingkan seperti harga, ciri dan spesifikasi, jenis penapisan yang anda perlukan, keseluruhan servis yang ditawarkan dan lain-lain yang anda rasa amat penting.

Perbandingan perlu dilakukan kerana ia penting untuk mengetahui adakah jenama penapis air tersebut sesuai dengan keperluan anda atau tidak.

 

Jangan pandang rendah pada fungsi peranan penapis air

 

Mungkin bagi anda yang masih menganggap penapis air adalah tidak penting ternyata anda salah. Penapis air memainkan peranan yang sangat untuk memastikan kesejahteraan hidup anda dan keluarga anda. Bayangkan jika kita menerima bekalan air yang tidak bersih pada setiap hari, ia mungkin sedikit sebanyak meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit berbahaya disebabkan oleh air yang kotor.

Jika anda masih tercari-cari penapis air yang terbaik anda boleh mendapatkan penapis air daripada Aqua Kent. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai Aqua Kent melalui artikel di bawah dan mengapa saya mengesyorkan jenama Aqua Kent.

https://kclau.com/blogging/water-filters/

https://fazillahasyikin.blogspot.com/2022/05/aqua-kent-sebagai-salah-satu-penapis.html

 

Disediakan oleh: Fazillah Asyikin Binti Nor


Comments

Popular posts from this blog

5 fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

Penapis air komersial terbaik di Malaysia