AQUA KENT SEBAGAI SALAH SATU PENAPIS AIR TERBAIK DI SEKOLAH DAN UNIVERSITI

  1.  

AQUA KENT SEBAGAI SALAH SATU PENAPIS AIR TERBAIK DI SEKOLAH DAN UNIVERSITI


Penapis air bertindak sebagai satu kaedah untuk meningkatkan tahap kualiti air yang diminum pada setiap hari. Kebanyakan sekolah dan universiti rata-rata sudah menggunakan penapis air sebagai salah satu alternatif untuk menyediakan bekalan air yang bersih dan dirawat kepada pelajar. Kepentingan penapis air adalah untuk membekalkan air bersih kepada pengguna dan sebagai salah satu proses penghidratan yang boleh dipercayai. Selaras dengan itu Aqua Kent merupakan salah satu penapis air yang boleh membekalkan bekalan sumber air yang bersih kepada pengguna.



KEPENTINGAN PENAPIS AIR DI SEKOLAH DAN UNIVERSITI

  • Penapis air membantu menjaga tahap kualiti sesuatu air untuk mengelakkan air tersebut berkarat, berbau dan tidak jernih.
  • Memastikan air yang dibekalkan kepada pelajar bebas daripada bahan pencemaran.
  • Air boleh terus diminum tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.
  • Menjimatkan kos pihak sekolah dan universiti untuk membekalkan bekalan air bersih.
  • Mengelakkan pelajar daripada terkena penyakit yang berbahaya seperti karies gigi, kanser dan masalah kesihatan yang lain. Menurut artikel https://unitygulfshores.com/2364-what-are-the-benefits-of-drinking-water-filters-for-body-health , air yang ditapis dapat mengurangkan risiko penyakit usus lebih daripada 33 peratus dengan menyingkirkan cryptosporidium dan giardia dari air minuman.

 

AQUA KENT DAN TEKNOLOGI

Aqua Kent direka dengan teknologi yang terbaik bagi merawat air.



  • Di Kent kami menggunakan teknologi seperti ROTM Mineral KENT yang dipatenkan menggunakanTDS (total dissolved solids) iaitu kaedah yang membolehkan pengawalan terhadap jumlah mineral semula jadi penting yang terdapat dalam air minuman.
  • Teknologi ini dinamakan sebagai proses penulenan berganda di mana selepas air melalui proses RO air juga akan disalurkan melalui Ultra Violet (UV) Light dan Ultra Filtration (UF) yang bertujuan membasmi kuman dan bakteria.

KELEBIHAN UV & RO

 

1)      Ultra Violet (UV)

Mampu mengeluarkan semua kekotoran terampai serta beberapa gas terlarut dalam air. Teknologi ini tidak mempunyai kesan ke atas kekotoran terlarut seperti karat, arsenik, fluorida. Air yang sedia ada juga tidak perlu dimasak terlebih dahulu kerana ia menyukarkan pihak sekolah atau universiti menyediakan bekalan air yang bersih kepada bilangan pelajar yang ramai.

 

2)      Reverse Osmosis (RO)

Teknologi ini mampu menghapuskan lebih daripada 99% kekotoran terlarut seperti bahan kimia, karat, garam logam berat, racun perosak dan racun serangga yang terdapat dalam air. Di samping itu, RO adalah teknologi mampu milik yang mampu membuang kekotoran terlarut daripada air. Proses ini amat penting untuk mengelakkan pelajar daripada terdedah mepada penyakit berbahaya kerana kita sedia maklum bahawa air yang tidak ditapis mempunyai kadar peratusan bakteria dan kuman yang tinggi.

 

FULLY STAINLESS STEEL COLD & NORMAL ECONOMY WATER COOLER

 


Anda boleh mendapatkan produk ini melalui pautan di bawah:

shorturl.at/vEFH8

 

Aqua Kent Fully Stainless Steel Cold & Normal Economy Water Cooler amat sesuai untuk kegunaan di sekolah dan universiti dan didatangi dengan ciri ciri seperti:

  • ·         Faucet pengisi kaca dan botol.
  • ·         Penapis karbon teraktif polipropilena dan pra-mendapan berbutir.
  • ·         Injap pengurang tekanan.
  • ·         Tangki sejuk keluli tahan karat: 5 Liter.
  • ·         Mempunyai saliran untuk air buangan.
  • ·        Direka dengan kemasan keluli tahan karat sepenuhnya.

Selain daripada itu, penapis air ini mempunyai kapasiti tinggi dan tempat simpanan besar yang sesuai digunakan untuk menampung bekalan sumber air dalam jumlah yang banyak dan ia amat sesuai digunakan di sekolah dan universiti. Fully Stainless Steel Cold & Normal Economy Water Cooler disambungkan ke saluran air untuk menjamin bekalan air berkualiti secara berterusan. Penapis air ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih air suam sehingga air sejuk. Ia juga mempunyai ciri ketahanan lasak.

 

 

SELAMAT DIGUNAKAN DAN DIPERAKUI

Produk kami telah menerima pensijilan kualiti tertinggi oleh makmal terbaik dunia:

NSF INTERNATIONAL,USA

WATER QUALITY ASSOCIATION

 

ROHS COMPLIANT


CE CERTIFICATION



PENGLIBATAN AQUA KENT DI SEKOLAH DAN UNIVERSITI

Kami juga telah bekerjasama dengan beberapa sekolah dan universiti seperti Universiti Teknologi Petronas, Sekolah Kerajaan, Wesley Methodist School, HELP University dan banyak lagi. Ini telah membuktikan bahawa sekolah dan universiti di Malaysia sudah meletakkan kepercayaan kepada Aqua Kent untuk menjadi pembekal penapis air.

Di Aqua Kent kami telah menerima banyak maklum balas pengguna yang sudah menggunakan penapis air kami. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa tidak perlu berasa bimbang kerana anak-anak mereka mendapat bekalan bersih pada setiap hari melalui produk penapis air daripada Aqua Kent yang terdapat di sekolah dan univeristi mereka. Di bawah merupakan antara maklum balas yang kami terima daripada pengguna Aqua Kent.






Di Aqua Kent kami berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik bersama-sama dengan menawarkan produk berkualiti tinggi.









Fully Stainless Steel Cold & Normal Economy Water Cooler yang terdapat di Sekolah/Universiti


HARGA YANG BERPATUTAN

Sistem pembersihan dan penapisan air oleh Kent amat berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Kent antara jenama penapis air yang mempunyai harga mampu milik berbanding dengan jenama lain. Dengan harga sebanyak RM 1680.00 sahaja anda boleh mendapatkan penapis air yang dilengkapi dengan teknologi terkini untuk memastikan bekalan air yang diterima adalah bekalan air yang bersih. Di Kent kami sedia memberikan servis yang terbaik kepada anda bersesuaian dengan keperluan anda.

 




  

Penapis air Kent didatangkan dalam pelbagai model dari penapis air yang bersaiz kecil sehingga ke saiz yang lebih besar dengan kualiti terbaik berbanding jenama lain. Penapis air Kent mampu memberikan penulenan air yang terbaik daripada sumber yang lain.

Produk Kent juga mempuyai spesifikasi dan ciri khusus bersesuaian dengan model penapis air yang dikeluarkan. Jadi pengguna boleh membuat pilihan yang terbaik bagi memenuhi tahap keperluan mereka.


MENGENAI AQUA KENT RO

Aqua Kent RO adalah salah satu penapis dan penulen air yang terkemuka dan boleh dipercayai di Malaysia. Dipercayai oleh pelanggan Malaysia, kami menggunakan sistem penulenan revolusioner yang dikenali sebagai Teknologi Mineral RO™ KENT untuk menghasilkan air tulen.

Kami berdedikasi untuk menyediakan pengalaman pelanggan terbaik bersama-sama dengan produk berkualiti tinggi daripada penulen air, dispenser air, penulen udara, pembersih sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kami percaya semua orang perlu mendapatkan air bersih. Dengan Aqua Kent RO, ini adalah cara yang lebih sihat untuk minum air bersih tanpa sebarang kompromi.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Website: www.aquakentro.com.my

Instagram: https://www.instagram.com/aquakentwaterfilter/

Facebook: https://www.facebook.com/AquaKentROMalaysia/

Linkedin: https://www.linkedin.com/company/aquakentromalaysia/

 

Disediakan oleh:

Fazillah Asyikin Binti Nor

Comments

Popular posts from this blog

5 fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

Penapis air komersial terbaik di Malaysia