3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

 

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

 


Selaras dengan peredaran masa, pelbagai teknologi dan reka bentuk canggih yang sudah mula diperkenalkan. Begitu juga dengan penapis air tanpa tangki yang mula diperkenalkan di mana ia lebih ringan dan mudah untuk digunakan. Fungsi utama penapis air ini tanpa tangki ini masih sama iaitu menghapuskan kuman dan bakteria yang ada dalam sumber air bagi memastikan anda mendapat bekalan air yang bersih. Sekarang mari kita lihat perbandingan di antara top 3 tankless water dispenser di Malaysia.

 

1.      AQUA KENT JADE TANKLESS INSTANT WATER PURIFIER HOT COLD AMBIENT WATER

Aqua Kent Jade Tanklesss Water Purifier ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Black & White. Kedua-dua warna ini membuatkan rumah anda lebih nampak mewah dengan rekaan yang esklusif. Penapis air ini juga amat sesuai bagi mereka yang suka akan konsep minimalis dan pada masa yang sama nampak lebih mewah.

 

RM3,200.00

CIRI-CIRI:

·         Sistem Tanpa Tangki dari Korea Selatan



·         Touch Display User Interface

 





 Anda dapat menetapkan pelbagai tetapan seperti suhu, kunci keselamatan kanak-kanak, butang sterilize dan lain-lain dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.

 

·         Kunci Keselamatan kanak-kanak



·         Kawalan Suhu



·         Tiada Virus



Kehadiran virus akan menjejaskan tahap kebersihan sumber air minuman kita dan mungkin boleh menyebabkan masalah penyakit. Seperti yang dinyatakan di dalam artikel Minnesota Department of Health,  Bakteria ada di mana-mana dalam persekitaran kita, termasuk air permukaan dan air bawah tanah. Sesetengah bakteria ini boleh membahayakan kesihatan manusia. Tetapi dengan penapis air Aqua Kent ini anda tidak perlu risau kerana ia bebas daripada sebarang bakteria dan virus.

 

·         Perlindungan Ultra-Violet



Menurut artikel daripada CCOHS (Canadian Centre for Occupational Health & Safety), sinaran UV digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan iaitu membunuh bakteria, mencipta kesan pendarfluor, pengawetan dakwat dan resin, fototerapi dan penjemuran matahari.

 


·         Teknologi sistem penapisan

Menggunakan teknologi penapisan membran UF 3 peringkat advance di mana teknologi ini tujuan utamanya adalah menghapuskan bakteria dan virus yang terperangkap di dalam air.

 

Spesifikasi:

Model

PGP-9000SW

Berat

12.50 KG

Sistem Penapisan

4 Sistem Penapisan UF

Dimensi (mm)

180(W) x 520(D) x 445(H)

 


2.      JIKSOO HYPER

 

Jiksoo memperkenalkan penapis air tanpa tangki yang tampak lebih moden iaitu SK Jiksoo Hyper. Menggunakan teknologi terkini untuk memastikan anda sentiasa mendapat sumber bekalan air yang bersih dan selamat.



RM 4,600.00

Ciri-ciri:

·         Teknologi JIKSOO ini memastikan air bersih dan segar dengan pelbagai pilihan suhu melalui sistem tanpa tangki.

·         Penjagaan Selamat UV:

-Pensterilan Tab Air

-Pensterilan Auto setiap 2H

-Keselamatan dalam setiap titisan

·         304 STAINLESS STEEL WATERWAY



- Mengoptimumkan kebersihan dengan menggunakan keluli tahan karat untuk laluan air bagi memastikan air bersih di setiap titik.

·         Penggunaan yang Mudah.

·         Sistem Pemanasan 3 peringkat.

·         Pilihan air panas yang mudah.

·         (45°C / 50°C / 55°C) Suhu dioptimumkan untuk susu formula bayi.

·         Suhu Teh (70°C)-Sesuai untuk penyerapan teh maksimum.

·         Suhu Panas (85°C ~ 90°C) -Sesuai digunakan untuk membuat air panas seperti kopi atau tujuan untuk memasak mi segera.

·         Kawalan Kelantangan Berbilang.

·         Tahap kelantangan yang diinginkan dengan hanya sentuhan hujung jari.

·         Butang mesra kanak-kanak.

·         Terletak di paras mata kanak-kanak untuk akses yang selamat & mudah.

·         (Mengeluarkan air Sejuk & Ambien sahaja untuk memastikan keselamatan).

 

Spesifikasi:

Model

JIKSOO HYPER (WPU-A700D)

Berat

12.3 KG

Sistem Penapisan

Penapisan 1: Sediment

Penapisan 2: Carbon Block

Penapisan 3: NanoTech PAC

Dimensi (mm)

170(W) x 490(D) x 390(H)

 


3.      CUCKOO PRINCE TOP

Penapis air tanpa tangki daripada CUCKOO ini direka dengan lebih elegan dan canggih. Didatangkan dengan warna Rose Gold yang cantik membuatkan ia menjadi lebih tampak lebih mewah. Reka bentuk PRINCE TOP ini membolehkan pemanasan air terus dari sumber utama.

 




RM4,800.00

Ciri-ciri:

·         Tetapan Suhu Pintar — (40°C, 50°C, 60°C, 70°C, 80°C).

·         Aliran berterusan tanpa usaha untuk air tanpa tenaga.

·         Navigasi Suara dalam 3 bahasa (Bahasa Melayu, Mandarin & Inggeris).

·         Pensterilan Elektrolitik Automasuk & Keluar.

·         Sistem Penapisan 7 Peringkat sebagai ciri nombor 1.

·         Sistem pencegahan kebocoran air dan pensterilan auto.

 

 


Spesifikasi:

Model

CUCKOO PRINCE TOP

Berat

10.5 kg

Sistem Penapisan

Nano Positive Filtration System

Dimensi (mm)

170mm (W) x 468mm (D) x 408mm (H)

 

 

Dispenser air tanpa tangki pilihan

Ketiga-tiga jenama mempunyai kelebihan tersendiri. Namun, saya sangat mengesyorkan anda untuk memilih Aqua Kent Jade Tankless Water Purifier.

Mengapa saya mengesyorkan penapis air ini sebagai penapis air tanpa tangki yang terbaik di antara Top 3 tankless water purifier?

·         Harga

-          Jika dibandingkan dengan penapis air tanpa tangki yang lain, Aqua Kent menwarkan harga yang jauh lebih murah berbanding 2 jenama tersebut. Dengan hanya RM 3200 sahaja anda sudah dapat memiliki satu penapis air yang mudah dengan reka bentuk yang lebih moden dan lebih ringan.

·         Pengiktirafan dan Anugerah



-          Aqua Kent Jade Tankless Water Purifier adalah produk yang telah disahkan oleh badan professional seperti di bawah dan telah mendapat pengesahan Halal.

·         Teknologi

-          Teknologi yang digunakan seperti Compund Filter, UF Membrane Filter & Post Block Carbon Filter mampu menghapuskan segala bakteria dan virus yang terkandung di dalam air.

Pada pendapat saya Aqua Kent Jade Tankless Water Purifier merupakan pelaburan terbaik untuk anda dengan tawaran harga yan murah dan berkualiti.

 

 

 

Disediakan oleh: Fazillah Asyikin Binti Nor

Comments

Popular posts from this blog

5 fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

Penapis air komersial terbaik di Malaysia