5 fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

 

Hai semua, hari ni saya nak kongsikan serba sedikit berkenaan drinking water fountain. Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dengan sistem penapis air mungkin masih belum tahu yang mana bgaus dan berkualiti. Sebagai pengguna sudah semestinya anda nak juga tahu macam mana nak pilih penapis air yang baik bukan?

Apa itu drinking water fountain?

Okay sebelum pergi dengan lebih lanjut, mungkin ramai yang masih tak tahu apa itu drinking water fountain kan? Sebenarnya drinking water fountain air yang direka khas untuk menyediakan air minuman kepada umum atau lebih dikenali seperti air paip biasa. Namun apa yang membezakan antara drinking water fountain yang telah ditapis dan air paip biasa adalah tahap kualiti air yang dibekalkan kepada kita. drinking water fountain mengandungi penapis air yang boleh memproses dan menghilangkan kekotoran daripada air.

 

Faedah-faedah drinking water fountain

·         Memudahkan anda untuk mendapatkan bekalan air bersih di mana-mana sahaja.

·          Sesuai untuk mana-mana persekitaran sama ada di sekolah, pejabat, dan tempat awam.

·         Sangat mudah digunakan.

·         Membekalkan sumber air bersih secara berterusan.

·         Mengelakkan anda daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh air yang tidak sihat.

Bukan itu sahaja, menurut artikel daripada CROWN WATER & COFFEE, menyatakan bahawa drinking water fountain mengurangkan berlaku pencemaran disebabkan oleh sampah botol air plastik. Beribu-ribu botol plastik dibuang setiap hari di lautan dan menyebabkan hidupan di laut mati.

 

Jadi hari ini saya akan menfokuskan kepada drinking water fountain. Sama seperti penapis air yang lain fungsi utamanya untuk membekalkan bekalan air yang lebih bersih dan selamat untuk digunakan oleh anda. Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi tentang 5 fakta yang anda perlu tahu sebelum atau semasa membeli drinking water fountain.

5 Fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

 

1.     Harga

Kalau bercakap soal harga sudah tentu ramai yang terbayang bahawa semua penapis air adalah mahal. Sudah tentu kita tidak mahu membebankan diri sendiri. Disebabkan hal itu, ada yang tidak mahu menggunakan penapis air dah lebih suka untuk menggunakan kaedah yang tradisional. Saya faham tidak semua mampu membeli jenama yang mahal. Namun tahukah anda di Malaysia terdapat jenama yang menawarkan harga mampu milik. Jenama yang dimaksudkan adalah Aqua Kent.



Bila bercakap mengenai drinking water fountain, jenama ini juga menyediakan drinking water fountain dengan harga yang amat berbaloi. Jenama Aqua Kent juga menjadi pilihan bukan sahaja disebabkan oleh harganya, tetapi kualiti yang diberikan untuk setiap produk keluaran mereka sangat bagus.

 

2.     Saiz tangki

Penggunaan drinking water fountain bukan sahaja boleh digunakan di rumah sahaja, tetapi ia juga boleh digunakan di tempat-tempat yang mempunyai bilangan kapasiti orang yang ramai seperti universiti, sekolah, pejabat, pusat membeli belah dan tempat-tempat awam. Jadi saiz tangki yang diperlukan mestilah bersesuaian.

Sebagai contoh, jenama Aqua Kent menghasilkan Water Cooler Machine yang boleh diletakkan di tempat-tempat tumpuan seperti universiti, sekolah dan sebagainya. Mudah bukan?




Water Cooler Machine ini direka khas dengan teguh dbagi menampung bilangan kapasiti yang tinggi. Jika saiz tangki kecil, penggunaan semasa amat terhad dan anda perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan air yang baru. Pilihlah drinking water fountain yang bersesuaian dengan penggunaan semasa.

3.     Mesin diiktiraf dan diperakui

Perkara ini merupakan elemen yang sangat penting untuk anda selidik sebelum membeli. Anda perlu memastikan drinking water fountain yang anda pilih mempunyai kelulusan daripada pihak berwajib.

Kenapa saya amat mementingkan aspek ini? Kerana drinking water fountain yang tidak mendapat sebaranng persijilan daripada mana-mana badan professional mempunyai risiko keselamatan. Kemungkinan air yang dibekalkan kepada nada juga tidak sepenuhnya berkualiti dan bersih. Jadi anda perlu lebih berhati-hati sebelum membeli. Tanya jurujual adakah drinking water fountain tersebut telah mendapat pensijilan atau kelulusan.

Kita lihat Stainless Steel Water Dispenser milik Aqua Kent mempunyai kelulusan daripada badan professional seperti NSF, WQA, ROHS dan lain-lain. Hal ini membuktikan bahawa Aqua Kent bukan sahaja terbaik dari segi harga yang ditawarkan bahkan kualiti yang diberikan juga adalah terbaik.

4.     Daya ketahanan

Apabila membuat keputusan tentang daya ketahanan, perkara pertama yang anda perlu titikberatkan adalah lokasi ia diletakkan. Faktor lokasi penting termasuk sama ada ia perlu tahan terhadap persekitaran dan tempat ia diletakkan. Saya mengesyorkan anda untuk menggunakan drinking water fountain jenis stainless steel kerana ia mempunyai daya ketahanan yang lebih kuat dan berkualiti.





Selain itu, penggunaan stainless steel menjadikan drinking water fountain tersebut lebih tahan karat kerana kita sedia maklum apabila ia diletakkan di kawasan-kawasan awam seperti universiti, sekolah, pejabat dan sebagainya, sudah tentu ia akan lebih terdedah kepada cuaca panas dan sejuk yang boleh memberikan kesan kepada drinking water fountain tersebut.

5.     Pastikan tiada Hidden Cost

Dikhuatiri ramai yang terlepas pandang berkenaan dengan hidden cost ini sebab kadang kala bila kita tak ambil tahu tentang kos penyelenggaraan, kos pemasangan, kos penghantaran dan lain-lain, ada yang akan mengambil kesempatan. Oleh sebab itu, saya tekankan di sini anda perlu meneliti terlebih dahulu ada ataupun tidak hidden cost seperti yang saya nyatakan untuk mengelakkan sebarang masalah kelak. Kemungkinan ada jenama yang mengenakan kos pemasangan, penghantaran dan sebagainya. Apa-apa pon anda perlu semak terlebih dahulu.

Jenama Aqua Kent menawarkan servis penghantaran dan pemasangan secara percuma bersama warranty selama 1 tahun.

 

 

Kesimpulanya, pengguna perlu tahu apa yang sesuai dengan kehendak mereka. Buat perbandingan serba sedikit antara jenama-jenama yang ada di Malaysia. Anda akan memakai drinking water fountain ini dalam jangka masa yang panjang. Jadi buatlah keputusan yang baik dan tepat. Diharapkan artikel kali ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat sebelum membuat pembelian.

 

 

Disediakan oleh: Fazillah Asyikin Binti Nor


Comments

Popular posts from this blog

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

Penapis air komersial terbaik di Malaysia