Panduan Membeli Dispenser Air Panas & Sejuk untuk Malaysia
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTy0YHRIaBjCbJuepijRkku_P_QxaBbIRptAMUV6nJRtcxEziWnTJm1rKxP35h1Ej8Oqlb_P869o8kvFKCsSz1Jc-VWNFHP4Y2EskX31ETCgkZH-Dsvk8lKQRhbPX2svQlqxIIcgi0BEWN5T5uaubz70EIPmrSkm33YPlhuudOAXadO3D1BZ5IaMmw/s320/CORAL.jpg)
Jika dilihat pada masa sekarang, di mana-mana rumah sudah mula memiliki mesin penapis air dan sejuk untuk kegunaan harian keluarga. Menggunakan mesin penapis air lebih mudah kerana anda boleh mendapatkan air sejuk dan panas dengan hanya menggunakan hujung jari. Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah tradisional, membeli penapis air merupakan pilihan yang tepat kerana bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malahan ia juga lebih mudah dan cepat. Air sangat penting untuk kehidupan seharian kita. Menurut salah satu artikel daripada media permata , 1 kajian telah dijalankan oleh University of Edinburgh yang menyatakan bahawa manusia mampu hidup selama lapan minggu walaupun tanpa makanan, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Terdapat pelbagai jenis jenama mesin penapis air dan sejuk yang berada di pasaran Malaysia. Sebagai seorang pengguna, terdapat beberapa elemen yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian. Bagi mereka yang baru bercadang untu...