Panduan Membeli Dispenser Air Panas & Sejuk untuk Malaysia

 

Jika dilihat pada masa sekarang, di mana-mana rumah sudah mula memiliki mesin penapis air dan sejuk untuk kegunaan harian keluarga. Menggunakan mesin penapis air lebih mudah kerana anda boleh mendapatkan air sejuk dan panas dengan hanya menggunakan hujung jari. Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah tradisional, membeli penapis air merupakan pilihan yang tepat kerana bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malahan ia juga lebih mudah dan cepat.

Air sangat penting untuk kehidupan seharian kita. Menurut salah satu artikel daripada media permata, 1 kajian telah dijalankan oleh University of Edinburgh yang menyatakan bahawa manusia mampu hidup selama lapan minggu walaupun tanpa makanan, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

Terdapat pelbagai jenis jenama mesin penapis air dan sejuk yang berada di pasaran Malaysia. Sebagai seorang pengguna, terdapat beberapa elemen yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian. Bagi mereka yang baru bercadang untuk membeli mesin penapis air panas dan sejuk, dalam artikel di bawah saya akan kongsikan panduan untuk anda sebelum membuat pembelian dispenser air panas dan sejuk.


Panduan membeli dispenser air panas & sejuk

1.     Harga

Perkara ini sangat penting untuk diteliti terlebih dahulu kerana bagi setiap jenama harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pakej yang ditawarkan. Mungkin pada pandangan anda, penapis air yang lebih mahal lagi berkualiti berbanding penapis air yang murah. Tidak semua yang mahal itu berkualiti dan tidak semua yang murah itu tidak berkualiti. Sebagai contoh, Aqua Kent hot & cold water dispenser menawarkan harga yang murah tetapi sangat berkualiti. Menggunakan teknologi penapisan yang maju menjadikan Aqua Kent sebagai salah satu jenama murah dan berkualiti tinggi di Malaysia.

Lihat Produk

 Apa-apa pun sebelum membuat pembelian anda perlu semak terlebih dahulu pakej yang ditawarkan. Pastikan kualiti yang anda terima setanding dengan harga yang dibayar. Pilih penapis air mengikut kemampuan anda dan jangan sampai ia membebankan anda.

 

2.     Teknologi Tapisan

Teknologi dalam sistem penapisan amat penting kerana ia akan membezakan tahap kualiti air bersih yang dihasilkan kepada kita. Terdapat jenama yang hanya menggunakan teknologi penapisan asas sahaja iaitu dengan hanya menggunakan sediment filter sahaja. Teknologi penapisan asas tidak mampu menghapuskan bakteria dan virus yang terdapat di dalam air. Jadi air yang dibekalkan masih belum dijamin bersih untuk diminum.

Aqua Kent merupakan water dispenser in Malaysia yang menggunakan penapisan 5 peringkat untuk model Aqua Kent Coral di mana setiap peringkat penapisan mempunyai fungsi tersendiri untuk memastikan kebersihan air berada di tahap optimum.

Peringkat 1

Sediment 11” - U Type

Peringkat 2

Pre-Carbon Filter, 11” - U Type

Peringkat 3

UF Membrane 0.01 micron 11” - U Type

Peringkat 4

Post-Carbon Filter, 11” - U Type

Peringkat 5(Pilihan)

Alkaline - Pilihan

3.     Saiz Tangki

Saiz tangki juga memainkan peranan yang penting kerana saiz tangki yang terlampau kecil tidak dapat menampung jumlah yang ramai. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar, sudah tentu kapasiti air yang diperlukan juga banyak. Selain itu, saiz tangki yang kecil mungkin akan memberikan masalah kepada anda jika terdapat catuan bekalan air di tempat anda. Pastikan anda meneliti terlebih dahulu berapakah jumlah penyimpanan air pada dispenser air sejuk dan panas tersebut.

Lihat Produk

Jangan risau, water dispenser daripada Aqua Kent turut menyediakan Aqua Kent Floor stand di mana ia sesuai digunakan untuk jumlah kapasiti yang besar. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Mempunyai penyimpanan air sebanyak 11 Liters secara keseluruhan untuk air sejuk dan panas.

 

4.     Diiktiraf & diperakui oleh badan professional

Anda perlu memastikan dispenser air yang ingin dibeli mempunyai pengiktirafan daripada badan-badan tertentu seperti NSF dan sebagainya. Dispenser air yang mendapat pengiktirafan lebih yakin dan selamat untuk digunakan. Hal ini demikian kerana, jika tidak mendapat pengiktirafan daripada badan professional, dikhuatiri dispenser air tersebut tidak selamat digunakan dan ia mungkin akan merugikan anda. Semak terlebih dahulu sama ada jenama tersebut diperakui atau tidak supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. 

Aqua Kent telah mendapat beberapa pengiktirafan dan diperakui oleh CB, SASO dan NSF dan ini membuktikan bahawa anda tidak perlu ragu-ragu untuk membeli jenama Aqua Kent kerana ianya dijamin selamat untuk digunakan. 



5.     Kontrak Jualan

Pastikan anda mengetahui syarat-syarat kontrak jualan yang ditetapkan oleh syarikat sama ada anda beli secara tunai atau rental. Bukan hanya ambil tahu semata-mata, tetapi anda juga perlu memahami segala isi kandungan yang terdapat di dalam kontrak jualan tersebut. Jika anda ada sebarang permasalahan atau keraguan, anda perlu bertanya terus kepada wakil jualan daripada syarikat tersebut untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham berlaku dan tidak memudaratkan anda pada masa akan datang.

6.     Perkhidmatan lepas jualan

Penting juga untuk mengetahui sama ada syarikat tersebut memiliki perkhidmatan lepas jualan atau tidak. Perkhidmatan lepas jualan bermaksud servis secara berkala perlu dilakukan ke atas dispenser air tersebut untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik. Ketahui juga adakah syarikat akan menghantar juruteknik mereka ke kediaman anda atau pun tidak. Jika servis berkala tidak dilakukan, ia akan menyebabkan dispenser air anda mengalami kerosakan dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Atau lebih teruk mungkin anda terpaksa mengeluarkan kos sendiri dan menanggung kerugian.

7.     Ulasan Pengguna

Jika kita ingin membeli produk daripada sesuatu jenama, sudah tentu kita akan melihat ulasan pengguna terlebih dahulu untuk menyakinkan kita dengan jenama tersebut. Begitu juga dengan dispenser air, anda perlu melihat ulasan pengguna terlebih dahulu sama ada baik atau sebaliknya. Jika ulasan yang diberikan tidak baik anda boleh membatalkan hasrat untuk membeli daripada jenama tersebut.

Aqua Kent menerima maklum balas positif daripada penggunanya bukan sahaja dari segi kualiti produk yang ditawarkan tetapi juga perkhidmatan yang diberikan.

 




 

Kesimpulannya, sebagai seorang pengguna anda perlu bijak untuk memilih jenama penapis air. Pastikan anda membeli dengan jenama yang tepat supaya tidak menjadi mangsa penipuan daripada mana-mana syarikat. Teliti secara betul setiap pakej yang ditawarkan kepada anda. Bak kata pepatah “Biar lambat asal selamat”. Semoga artikel kali ini membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

 

 

 

Disediakan oleh: Fazillah Asyikin Binti Nor

Comments

Popular posts from this blog

5 fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

Penapis air komersial terbaik di Malaysia