7 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Membeli Sistem Penapis Air Tanpa Tangki


7 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Membeli Sistem Penapis Air Tanpa Tangki



Saya yakin ramai yang sudah memliki kesedaran untuk memiliki penapis air di rumah masin-masing. Hal ini disebabkan oleh air paip yang disalurkan kepada kita mempunyai klorin, bakteria, virus dan berbau yang akan menjejaskan kesihatan kita sekeluarga. Malahan tahap kualiti air di negara kita pada masa kini amat membimbangkan disebabkan oleh pelbagai faktor. Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, tahap kebersihan air amat membimbangkan disebabkan oleh kegiatan pertanian dan perindustrian yang giat dilakukan.  Anda boleh lihat video di bawah bagaimana air tercemar yang tidak ditapis dan dibekalkan kepada kita.

https://youtu.be/pTBfPf0Z3FE

Disebabkan itu, orang ramai mengambil langkah proaktif untuk memiliki penapis air di rumah. Permintaan terhadap penapis air juga sudah semakin tinggi dan selaras dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, sistem penapis air tanpa tangki sudah mula diperkenalkan. Sistem penapis air tanpa tangki ini lebih ringgan dengan reka bentuk yang lebih slim dan mudah untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

Namun, sebelum membuat pembelian, anda perlu mengambil kira tentang perkara-perkara penting sebelum membeli sistem penapis air tanpa tangki. Di dalam artikel kali ini saya akan menerangkan 7 perkara yang anda perlu lakukan sebelum membuat pembelian penapis air tanpa tangki. 

1. Semak Harga

Kenapa semak harga penting sebelum membuat pembelian? Kerana saya tidak mahu anda menyesal selepas membuat pembelian kerana dikhuatiri anda mendapat penapis air yang tidak berkualiti tetapi harga yang dikenakan pula sangat mahal. Anda tidak perlu risau kerana di Malaysia terdapat jenama yang menawarkan harga murah tetapi berkualiti seperti jenama Aqua Kent Jade tankless water purifier yang menawarkan harga yang berbaloi dan jimat. Belilah penapis air mengikut kemampuan anda dan jangan sampai ia memberikan bebanan kepada anda untk membayarnya pada setiap bulan.


Aqua Kent Jade Tankless Water Purifier merupakan antara best tankless water purifier in Malaysia dengan penjimatan yang lebih berbaloi.

2. Teknologi tapisan

Anda sebagai pengguna perlu memastikan teknologi yang digunakan bagi setiap tankless water dispenser adalah menggunakan teknologi yang baik yang mampu menghapuskan elemen berbahaya di dalam air. Pastikan teknologi yang digunakan berteknologi tinggi dan bukan hanya sistem penapisan asas sahaja. Hal ini kerana kebiasaannya, penapis air yang hanya menggunakan tapisan asas hanya menapis kekotoran seperti karat, logam dan lain-lain melalui penapisan sediment filter dan tidak menghapuskan elemen lain seperti bakteria di dalam air.

Sebagai contoh, sistem tapisan oleh Aqua Kent Jade Tankless Water Purifier menggunakan Penapisan Membran UF Advance 3 Peringkat. Setiap sistem tapisannya mempunyai fungsi yang berbeza untuk memastikan air yang ditapis adalah berkualiti.

3.  Penjimatan Elektrik

Bagi penapis air biasa yang menggunakan tangki, jika tangki yang digunakan adalah besar, maka pemampat dan kadar elektrik yang digunakan untuk menyejukkan air juga adalah besar dan hal ini akan menyebabkan bil elektrik juga akan meningkat. Tangki air panas pula menggunakan lebih banyak kuasa elektrik daripada sejuk kerana ia perlu dipanaskan sepanjang masa. Kewujudan penapis air tanpa tangki membantu anda untuk menjimatkan bil elektrik rumah anda.

 



4. Penapis air yang diiktiraf




Pastikan jenama penapis air yang anda pilih mempunyai pengiktirafan daripada badan professional seperti NSF, WQA, ROHS dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada memilih penapis air yang tidak diiktiraf kerana penapis air yang tidak diiktiraf berkemungkinan besar mempunyai masalah dari segi kualiti air yang ditawarkan. Penapis air yang diiktiraf mampu memberikan kita lebih keyakinan untuk menggunakannya.

5. Butang keselamatan

Anda perlu memastikan penapis air tanpa tangki tersebut mempunyai ‘Safety Child Lock’ kerana penapis air tanpa tangki ini kebiasaannya mempunyai air sejuk dan air panas. Air panas amat berbahaya terutama kepada kanak-kanak kerana boleh menyebabkan kecedaraan dan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Dengan kewujudan sistem keselamatan ini, ia membantu mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Menurut Pakar Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Fadzlina Abd Aziz, luka terbakar dan melecur adalah bahaya yang berpotensi terjadi di setiap rumah. Oleh sebab itu, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti memilih penapis air yang mempunyai ciri keselamatan untuk anda serta keluarga anda lebih-lebih lagi jika di rumah terdapat bayi atau anak-anak kecil.

6. Terdapat hidden cost atau tidak


Dari sini anda perlu memastikan terlebih dahulu sama ada terdapat hidden cost atau pun tidak. Hidden cost yang dimaksudkan adalah seperti:

·         Yuran pendaftaran

·         Deposit

·         Bayaran pemasangan penapis air

Hal ini untuk mengelakkan sebarang caj tambahan yang dikenakan kepada anda tanpa pengetahuan anda sebagai pengguna kerana anda akan berhadapan dengan caj bayaran yang lebih banyak.

7.Kontrak Jualan

Pentingnya untuk anda mengetahui tentang kontrak jualan sebelum membeli penapis air tanpa tangki. Tidak kiralah anda membeli secara tunai atau secara bayaran bulanan, kedua-duanya penting untuk anda meneliti kontrak jualan terlebih dahulu. Hal ini untuk memastikan anda sebagai pengguna faham dengan segala kandungan yang terdapat dalam kontrak jualan.

 

Kesimpulannya, sebagai pengguna anda perlu bijak membuat keputusan sebelum membuat pembelian. Pastikan anda membeli penapis air yang betul dan ambil kira faktor-faktor penting yang mempengaruhi proses pembelian anda. Lakukan kajian dengan lebih terperinci sebelum membeli mana-mana jenama. Buatlah perbandingan terlebih dahulu sehingga anda benar-benar yakin bahawa penapis air tanpa tangki yang anda pilih adalah pilihan yang paling tepat.

 

 

 

Disediakan oleh: Fazillah Asyikin Binti Nor





Comments

Popular posts from this blog

5 fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

Penapis air komersial terbaik di Malaysia