5 fakta yang anda mesti tahu sebelum membeli penapis air luar

 


Ketika ini, boleh dikatakan hampir setiap rumah memiliki sistem penapis luar, bukan sahaja di rumah malahan di pejabat, sekolah dan universiti juga sudah memiliki penapis air luar. Tujuannya adalah untuk memastikan bekalan air yang diterima pada setiap hari terjamin kebersihannya. Anda dapat melihat video di bawah bagaimana kemunculan penapis air dapat memudahkan kehidupan seharian kita untuk mendapatkan bekalan air yang bersih.



Dengan adanya outdoor water filter (penapis air luar), ia memberi banyak faedah terutamanya untuk kesihatan, di mana penapis air mampu menghapuskan segala bahan tercemar yang terkandung di dalam air yang boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan manusia.

Namun begitu, sebelum membuat keputusan untuk membeli penapis air, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu supaya anda tidak silap membuat keputusan membeli penapis air luar. Dalam artikel kali ini saya akan menerangkan 5 fakta yang perlu anda tahu sebelum membeli penapis air dan semoga ia dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat.

 

 

5 fakta yang anda perlu tahu:

1.     Kegunaan penapis air luar

Pertama sekali anda perlu tahu apakah kegunaan memiliki penapis air sama ada penapis air luar dan lain-lain. Kadangkala kita beli sebab kita terikut orang lain. Seeloknya kita tahu apakah fungsi produk tersebut yang boleh menjadi kegunaan kita. Okay berbalik kepada fokus utama, apakah fungsi sistem penapisan ini? Apakah kebaikannya kepada kita dan keluarga. Fungsi utama penapis air adalah untuk menyingkirkan bendasing seperti klorin, bakteria virus dan lain-lain yang akan menjejaskan kesihatan. Justeru itu, penapis air mula diperkenalkan untuk memastikan anda sentiasa mendapat bekalan air yang bersih.

 


2.     Harga yang ditawarkan

Harga yang ditawarkan oleh setiap jenama berbeza mengikut pakej yang ditawarkan. Anda perlu faham konsep tidak semua jenama mahal, dan tidak semua jenama murah. Walau bagaimanapun, sudah tentu jika kita diberi pilihan sama ada mahal atau murah dan jawapannya sudah tentulah kita inginkan penapis air yang lebih murah.

Namun apa yang menjadi persoalannya masih wujudkah penapis air murah dan berkualiti? Jawapannya ya. Sebagai contoh, jenama Aqua Kent merupakan antara outdoor water filter in Malaysia yang menawarkan harga mampu milik jika dibandingkan dengan jenama yang lain.


FRP With Food Grade Material.

Perbezaan harga antara penapis air luar berbeza disebabkan oleh bahan yang digunakan untuk penapis air tersebut. Terdapat penapis air yang menggunakan SUS 304 Stainless Steel dan terdapat penapis air yang menggunakan FRP With Food Grade Material.

Antara keduanya, penapis air yang menggunakan SUS 304 Stainless Steel lebih mahal disebabkan oleh ia lebih kuat dan mempunyai ketahanan yang lebih baik untuk penapis air luar.

3.     Periksa ciri & spesifikasi

Sebelum membeli tanya terlebih dahulu dengan jurujual tentang ciri dan spesifikasi yang terdapat pada penapis air luar tersebut. Sebagai contoh, lihat bahan yang digunakan untuk membuat penapis air luar tersebut. Seperti kita sedia maklum bahawa penapis air luar yang berkualiti mestilah diperbuat dengan besi yang lebih tahan untuk mengelakkan berlaku kerosakan, kebocoran dan masalah-masalah lain.

Ini adalah salah satu produk jenama Aqua kent yang dibuat menggunakan SUS 304 High Stainless-Steel Grade.


SUS 304 High Stainless-Steel Grade

memastikan penapis air luar mempunyai ketahanan yang kuat.

 

·         Selain itu, menghasilkan penapis air luar yang berkualiti mestilah menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.

·         Aqua Kent juga turut menggunakan Zeolite Plus untuk mengeluarkan pepejal terampai di dalam air.

Zeolite Plus (0.45mm) (Australia)*

mempunyai struktur kristal yang luar biasa dan dengan kuasa penyerapan yang lebih besar mengurangkan rasa dan bau klorin, sementara itu juga mengeluarkan pepejal terampai, logam berat larut & ammonium larut.

 

Antrasit (AN) (AS)

Penyerapan antrasit dan ketepatan tinggi, boleh mengeluarkan zarah, kekotoran koloid, pepejal terampai, atau menyingkirkan besi dan mangan. Semasa memerangkap sedimen, adalah fungsi utama karbon.

 

·         Aqua Kent mengunakan pasir silika kerana ia berfungsi untuk memerangkap pepejal yang terampai di dalam air.

·         Menurut artikel Samsa, Pasir silika telah lama digunakan untuk mendapatkan air yang bersih. Penggunaan penapis pasir terawal yang direkodkan bermula pada tahun 1804 apabila John Gibb mereka bentuk dan memasang penapis eksperimen.

 

Pasir Silika (0.45mm)

Memerangkap sedimen di permukaan pasir silikon halus.

Pasir Silika (1.2mm)

Menanggalkan kotoran dan mencegah penyakit seperti Typhoid, Cholera, Bihdryia & Amoeba.

Pasir Silika (2.4mm)

Penggunaan paling ideal dalam penapisan air domestik & industri kerana ketumpatan tinggi dan tahap kekerasan dan keliatan yang tinggi. Ia cekap untuk mengeluarkan zarah, sedimen, lumpur dan pepejal terampai di dalam air.

 


Melihat kepada ciri dan bahan-bahan yang digunakan oleh Aqua Kent menjadikannya antara best outdoor water filter in Malaysia selain harga yang ditawarkan cukup berbaloi dan menjimatkan.

4.     Perkhidmatan selepas jualan

Jangan pandang remeh dengan elemen ini kerana pentingnya untuk kita mengetahui sama ada syarikat tersebut menyediakan servis secara berkala atau tidak. Jika tiada servis secara berkala, kemungkinan besar penapis air luar tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik dan mudah rosak.

Tambahan lagi, pastikan anda membeli dengan jurujual atau agen yang disahkan. Jika anda membeli di platform lazada dan shopee, tidak semua penjual di platform tersebut merupakan jurujual sah daripada syarikat penapis air tertentu dan kemungkinan besar anda tidak dapat menikmati faedah perkhidmatan selepas jualan. Malahan lebih teruk kos baik pulih terpaksa dikeluarkan oleh anda sendiri.

5.     Jaminan yang diberikan

Setiap produk yang dibeli perlulah mempunyai jaminan. Apa keburukan jika tidak mempunyai jaminan? Segala kerosakan yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. Selain itu, pilih syarikat yang menawarkan jaminan yang berbaloi kepada anda.

Seperti yang dapat kita lihat jenama Aqua Kent memberikan jaminan kepada penapis luar mereka selama 10 tahun dan ia satu jangka masa yang cukup lama. Mengapa jaminan penting? Kerana jika berlaku kerosakan atau ada barang yang perlu diganti, penjual yang akan bertanggungjawab untuk mengganti dan membaiki barang tersebut.

 


Kesimpulannya, anda perlu meneliti sebaiknya jika membuat keputusan untuk membeli penapis air. Tidak kiralah sama ada ia penapis air biasa, penapis air luar atau penapis air tanpa tangki kesemuanya memerlukan penelitian sebelum membeli. Ketahui dan selidik terlebih dahulu walapun proses tersebut mengambil masa yang lama dan bak kata pepatah ‘biar lambat asal selamat’. Semoga artikel kali ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih baik.

 

Disediakan oleh: Fazillah Asyikin Binti Nor








Comments

Popular posts from this blog

5 fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

Penapis air komersial terbaik di Malaysia