KENAPA SAYA MEMILIH PENAPIS AIR AQUA KENT BERBANDING JENAMA LAIN

 


Bekalan sumber air menjadi tidak bersih disebabkan oleh beberapa faktor lebih-lebih lagi pada masa kini terdapat pelbagai kegiatan perindustrian yang dijalankan menyebabkan kualiti air merosot. Menurut WHO, air minuman yang tercemar boleh menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, taun, disentri, kepialu dan polio dan dianggarkan menyebabkan 485,000 kematian cirit-birit setiap tahun.



Keperluan penapis air di rumah memainkan penting untuk mendapatkan bekalan air yang bersih. Sumber air bersih amatlah penting pada masa kini kerana situasi pencemaran air yang berlaku menjejaskan tahap kualiti air yang dibekalkan kepada kita. Selaras dengan itu, wujudlah pelbagai jenis penapis air yang sudah mulai berada di pasaran. Seperti orang lain, saya juga mahu mendapatkan bekalan air bersih untuk keperluan harian saya dan keluarga. Oleh sebab itu saya telah memilih penapis air daripada Aqua Kent dan secara jujurnya saya tidak menyesal untuk membeli penapis air daripada jenama ini.



Terdapat pelbagai jenis model penapis air keluaran Aqua Kent dan anda boleh memilih jenama yang anda inginkan mengikut citarasa dan keperluan anda. Bagi saya kesemua harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

MENGAPA SAYA MEMILIH PENAPIS AIR AQUA KENT?

1.      Harga

Sebelum membuat pembelian saya akan melihat kepada harga terlebih dahulu dan saya juga yakin bahawa anda juga akan melihat kepada harga terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Saya rasa ini adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk saya membeli penapis air Aqua Kent. Saya telah memilih penapis air Aqua Kent Onyx Table Top untuk diletakkan di dapur rumah saya dan ia amat sesuai dengan ruang dapur rumah saya.

RM1,500.00

Berbekalkan dengan hanya RM 1,500 sahaja saya sudah mampu memiliki penapis air ini di rumah. Jika anda ingin membeli penapis air pada harga mampu milik, ini adalah pilihan yang tepat. Sebenarnya penapis air Onyx ini didatangkan dengan dua saiz iaitu Top Table dan Floor Stand.


Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan kedua-dua produk ini pada harga di bawah RM 2000 dan ia jauh lebih murah berbanding dengan jenama lain.

2.      Kapasiti


 


Kapasiti tangki air Aqua Kent Onyx ini amat sesuai untuk kegunaan harian saya di rumah. Secara keseluruhan ia mempunyai kapasiti tangki 5 Liters di mana 1.2 Liters untuk air panas dan 3.5 Liters untuk air sejuk. Selain itu, jumlah kapasiti ini amat sesuai untuk kegunaan saya dan keluarga di rumah.

Model

AQUA KENT ONYX (UF System) - Black / Silver

Kapasiti Tangki

Keseluruhan – 5 Liters

Sejuk – 3.5 Liters

Panas – 1.2 Liters

Dimensi (mm)

260 (W) x 470 (D) x 435 (H)

 

3.      Ciri Keselamatan

Dengan kunci keselamatan kanak-kanak (Child Lock) yang terpadat pada Aqua Kent Onyx ini, saya tidak perlu bimbang sekiranya terdapat anak-anak kecil di rumah saya. Hal ini kerana, kunci keselamatan ini mampu mengelakkan kanak-kanak daripada terkena air panas dan berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.

4.      Servis yang terbaik

Jika harga murah tetapi servis yang ditawarkan tidak bagus maka ia juga tidak akan menjadi pilihan utama. Namun dengan Aqua Kent anda dapat memiliki kedua-duanya iaitu servis yang bagus dan harga yang baik.  Sebagai salah seorang pelanggan, saya amat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Aqua Kent. Mereka melayan segala pertanyaan saya daripada mula sehingga ke proses akhir pembelian. Selain itu, pekerja mereka juga memberikan maklum balas dengan cepat ketika saya bertanya sebarang persoalan dan servis pemasangan juga sangat cepat. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Aqua Kent.

5.      Pensijilan dan Anugerah


Aqua Kent sangat mementingkan kualiti mereka dan mereka telah menerima beberapa pensijilan dan Anugerah daripada badan professional. Hal ini telah memberikan keyakinan kepada saya sebagai seorang pengguna terhadap kualiti yang ditawarkan oleh Aqua kent. Saya percaya bahawa jika anda memilih Aqua Kent anda tidak perlu berasa risau terhadap kualiti air yang dibekalkan kerana ia telah diperakui oleh badan professional tempatan dan antarabangsa.

 

ULASAN PENGGUNA TERHADAP AQUA KENT

Melihat kepada ulasan pengguna yang telah diberikan oleh pelanggan Aqua Kent, mempengaruhi keputusan saya untuk membeli penapis air Aqua Knet Onyx ini. Bukan sahaja disebabkan oleh harga dan produk itu sendiri, malahan servis yang diberikan juga adalah terbaik.

Kesimpulannya, sebagai salah seorang pengguna penapis air daripada Aqua Kent saya sangat menyarankan anda untuk mendapatkan penapis air daripada jenama ini. Bukan sahaja dari segi harga yang murah, malahan kualiti dan teknologi yang digunakan setanding dengan jenama yang lain. Sebagai seorang pengguna kita perlulah membuat pilihan yang tepat dengan membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

 







MENGENAI AQUA KENT RO

Aqua Kent RO Malaysia merupakan syarikat penapis air dan penulen air terkemuka dan boleh dipercayai oleh pelanggan di Malaysia disebabkan sistem penulenan penuh revolusi yang dikenali sebagai Teknologi Mineral RO™ Kent (Kent’s Mineral RO™ Technology) untuk menghasilkan air yang tulen.

Aqua Kent berdedikasi untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan memberi mereka pengalaman terbaik dari aspek perkhidmatan selepas jualan serta penghasilan produk berkualiti tinggi bermula dari penapis air luar rumah, penulen air, dispenser air sehingga penapis udara, penapis buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyak lagi.

Kami percaya semua orang wajar dapat minum air yang bersih. Bersama Aqua Kent RO, anda dapat minum air yang bersih dengan cara lebih sihat tanpa sebarang kompromi.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial Aqua Kent:

Website: www.aquakentro.com.my

Instagram: https://www.instagram.com/aquakentwaterfilter/

Facebook: https://www.facebook.com/AquaKentROMalaysia/

Linkedin:  https://www.linkedin.com/company/aqua-kent-ro-malaysia

 

 

 

 

Disediakan oleh: Fazillah Asyikin Binti Nor

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

5 fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

Penapis air komersial terbaik di Malaysia