AQUA KENT JADE TANKLESS WATER PURIFIER

 

AQUA KENT JADE TANKLESS WATER PURIFIER

 

 


Penapis air dan kepentingannya dalam memberikan kualiti air yang terbaik tidak dapat dipisahkan. Jika kita tidak menggunakan penapis air adakah kita yakin bahawa ia selamat untuk diminum? Lebih-lebih lagi, apabila Menteri Kesihatan iaitu  Khairy Jamaluddin, berkata pada tahun 2022 Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan satu Akta Kualiti Air Minuman yang lebih teliti untuk mengelakkan berlaku ancaman kesihatan akibat minum air yang tidak selamat. Ini bermakna tahap kualiti air yang dibekalkan masih belum memuaskan. 

https://www.youtube.com/embed/ZGO3IFrsdhM?feature=oembed



Justeru itu, kehadiran pelbagai jenis penapis air ini termasuklah penapis air tanpa tangki sudah mulai diperkenalkan. Penggunaan penapis air amatlah penting kerana bekalan air yang tidak bersih boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Menurut artikel WHO, air yang bersih dan mencukupi memudahkan langkah utama untuk mencegah bukan sahaja penyakit cirit-birit, tetapi jangkitan pernafasan akut dan pelbagai penyakit kronik yang lain.

Kewujudan penapsi air seperti Tankless Water Purifier yang bermaksud penapis air yang tidak menggunakan tangki memudahkan anda untuk mendapatkan bekalan air bersih dan selamat.

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN TANKLESS WATER PURIFIER

1)      Saiz

Penggunaan Tankless Water Purifier bermaksud tiada lagi pengurusan dengan penapis air dengan tangki yang besar. Melihatkan kepada penapis air biasa, ia amat tidak sesuai lebih-lebih lagi untk mereka yang berada di rumah dengan keluasan yang kecil. Saiz untuk kedua-dua penapis ini juga berbeza kerana Tankless Water Purifier lebih ringan dan mudah dibawa berbanding dengan Water Purifier biasa.

2)      Lebih menjimatkan electrik

Bagi penapis air biasa, jika tangki yang digunakan adalah besar, maka pemampat dan kadar elektrik yang digunakan untuk menyejukkan air juga adalah besar. Tangki air panas pula menggunakan lebih banyak kuasa elektrik daripada sejuk kerana ia perlu dipanaskan sepanjang masa.

3)      Air tidak perlu didihkan

Sebelum air disalurkan, ia sudah dipanaskan serta merta jadi tiada proses pendidihan air yang akan berlaku. Jika dilihat dari sudut lain sebenarnya ia lebih menjimatkan masa dan tenaga eletrik. Pemanasan segera akan dilakukan melalui peranti seperti seramik panas dan tiada pemendapan mineral akan berlaku.

 

AQUA KENT JADE TANKLESS WATER PURIFIER

 

Merupakan keluaran daripada Aqua Kent yang direka bentuk dengan saiz yang lebih ‘slim’ yang menjadikan ruang rumah anda lebih luas.



Lihat Produk

 

Ciri-ciri:

       Sistem Tanpa Tangki dari Korea Selatan



       UI paparan sentuh



       Menggunakan penapis Nano untuk membuang 99.9% Virus dan Bakteria

       4 Suhu (4ºC, 27ºC, 40ºC, 87ºC Darjah Celsius)

       Pensterilan UV



       Penapisan 4 peringkat yang canggih

       Kawalan Kelantangan

       Pemampat LG

       Kunci Keselamatan Kanak-kanak



Spesifikasi:

Model

Aqua Kent Jade Tankless Water Purifier Hot Cold Ambient Water

Dimensi (W x D x H)

180mm x 520mm x 445mm

Penggunaan kuasa

Cold 85W | Heater 2.3kW

Sistem penapisan

4 sistem penapisan UF

Berat

12.50 kg

 

 

JENIS PENAPISAN YANG DIGUNAKAN OLEH AQUA KENT JADE TANKLESS WATER PURIFIER

Aqua Kent Jade tankless water purifier menggunakan penapis air membran UF advance 3 peringkat seperti di bawah:

 


 5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI AQUA KENT JADE TANKLESS WATER PURIFIER

  1. MENGGUNAKAN UV STERILISATION

Apa itu UV Sterilisation?

Mungkin masih ramai yang tidak tahu apakah itu UV Sterilisation dan bagaimana ia membantu dalam sistem penapisan air. Menurut Penyelidik Teknologi Cahaya Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ir Dr Mohd Syuhaimi Ab Rahman berkata, Teknologi UV sebagai agen pembunuh bakteria yang sudah lama wujud berpuluhan tahun dahulu dan keberkesanannya dibuktikan dalam kajian saintifik serta penggunaan komersial, (Harian Metro).

Kaedah tradisional iaitu memasak air panas sudah tidak relevan pada masa kini kerana ia memerlukan masa yang lama untuk mendidih. Oleh sebab itu, di Kent kami menggunakan UV Sterelisation sebagai salah satu kaedah untuk membunuh bakteria dan virus dengan lebih efektif.

 


Apakah Kelebihan UV Sterelisation?

       Dapat membunuh kuman sehingga 99.9% kuman yang terperangkap dalam sumber air.

       Air yang diminum lebih selamat dan bersih.

       Mengelakkan berlaku penyakit yang berbahaya disebabkan oleh air yang kotor.

       Menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu merebus air sehingga mendidih.

       Tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya yang boleh mengurangkan tahap kualiti air.

       Memastikan air di rumah anda sentiasa dalam keadaan bersih dan terjamin.

 

  1. MENJIMATKAN RUANG

Dengan reka bentuk yang kecil memudahkan pengguna meletakkan Aqua Kent Jade ini dimana-mana sahaja. Sudah tentu bagi mereka yang mempunyai ruang rumah yang kecil dan sederhana mereka menginginkan satu penapis air yang kecil dan tidak terlalu mengambil ruang yang banyak. Jadi pilihan terbaik untuk memenuhi perkara tersebut adalah dengan memilih jade tankless water ini. Mudah kan? Jadi ruang lebih yang ada anda dapat guna untuk meletakkan perkakas rumah yang lain.

 

  1. FUNGSI KAWALAN PAPAN SENTUH

 

Antara yang menarik pada Aqua Kent Jade ini adalah kawalan papan sentuh (touch screen) yang mempunyai banyak fungsi membolehkan anda untuk menetapkan suhu air dan sebagainya. Bukan itu sahaja, fungsi child lock button yang terdapat pada penapis air ini membantu mengelakkan sebarang kemalangan berlaku kepada anak-anak kecil seperti terkena air panas. Jadi dengan adanya penetapan seperti ini ibu-bapa tidak perlu berasa bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka.

 

4.     MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARIPADA BADAN PROFESSIONAL

Semasa membuat keputusan untuk membeli penapis air, sudah tentu perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah kualiti air yang dibekalkan. Di Kent, matlamat utama adalah untuk memberikan penapis air terbaik dari segi kualiti kepada pengguna. Kent membuktikan bahawa kualiti air yang diberikan adalah diperakui oleh badan-badan professional seperti di bawah.

Bukan itu sahaja, pengguna tidak perlu bimbang dengan keadaan air yang dibekalkan kerana Aqua Kent juga turut mendapat pengesahan halal.

5.    99% bebas bakteria

Tangki air adalah tempat yang cenderung untuk bakteria membiak dan ini bermakna penggunaan tangki air menggalak pembiakan bakteria.

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah penggunaan Aqua Kent Jade ini mampu menghapuskan sehingga 99% bakteria sekaligus memberikan anda air bersih yang bebas bakteria. Penapis air dari Aqua Kent yang tidak menggunakan tangki air dapat mengurangkan risiko bakteria atau pertumbuhan alga hampir kepada sifar. Ditambah pula dengan penggunaan UV Sterilisation dalam tankless water dispenser Aqua Kent ini menjadikan proses menghapuskan bakteria menjadi berkali ganda lebih efektif.

 

MENGENAI AQUA KENT RO

Aqua Kent RO Malaysia merupakan syarikat penapis air dan penulen air terkemuka dan boleh dipercayai oleh pelanggan di Malaysia disebabkan sistem penulenan penuh revolusi yang dikenali sebagai Teknologi Mineral RO™ Kent (Kent’s Mineral RO™ Technology) untuk menghasilkan air yang tulen.

Aqua Kent berdedikasi untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan memberi mereka pengalaman terbaik dari aspek perkhidmatan selepas jualan serta penghasilan produk berkualiti tinggi bermula dari penapis air luar rumah, penulen air, dispenser air sehingga penapis udara, penapis buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyak lagi.

Kami percaya semua orang wajar dapat minum air yang bersih. Bersama Aqua Kent RO, anda dapat minum air yang bersih dengan cara lebih sihat tanpa sebarang kompromi.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial kami:

Website: www.aquakentro.com.my

Instagram: https://www.instagram.com/aquakentwaterfilter/

Facebook: https://www.facebook.com/AquaKentROMalaysia/

Linkedin:  https://www.linkedin.com/company/aqua-kent-ro-malaysia

 

 

 

 

Disediakan oleh: Fazillah Asyikin Binti Nor

 

Comments

Popular posts from this blog

5 fakta yang anda perlu tahu sebelum membeli drinking water fountain

3 Pilihan Dispenser Air Tanpa Tangki Terbaik untuk Rumah Anda pada tahun 2022 dan 2023

Penapis air komersial terbaik di Malaysia