10 PENAPIS AIR PALING POPULAR DI MALAYSIA
10 PENAPIS AIR PALING POPULAR DI MALAYSIA
Sumber bekalan air bersih amat penting untuk memastikan kita minum air tercemar yang mengandungi banyak bakteria dan virus. Mungkin secara mata kasar anda melihat air paip biasa di rumah anda sudah bersih, tetapi tahukah anda bahawa di sebalik air yang tidak ditapis terdapat banyak kuman yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENAPIS AIR?
Secara ringkasnya, penapis air adalah satu proses yang menghapuskan segala kekotoran yang ada dalam sumber air. Teknologi yang digunakan dalam setiap penapis air mampu menghapuskan kuman-kuman dalam air dan memastikan bekalan air yang ada di rumah adalah dari sumber yang bersih. Menurut artikel daripada Sinar Harian, hampir 98 peratus daripada bekalan air tawar negara berasal dari sungai, maka sebagai pengguna kita perlu menitikberatkan tahap kualiti air yang diterima. Anda tidak perlu risau kerana dengan penggunaan penapis air anda dapat menikmati sumber bekalan air bersih.
Di Malaysia terdapat banyak jenama penapis air yang berbeza yang sudah ada di pasaran dan ini adalah antara 10 jenama penapis air yang terbaik di Malaysia.
Aqua Kent Coral Table Top Hot Cold Normal Water Purifier
Ciri-ciri:
Sistem dalaman dan paip aliran air keluli tahan karat penuh SUS 304.
Ultrafiltration 0.01 mikron 4 peringkat iaitu sistem penapisan yang diperakui.
Dibina dengan kuat dan kukuh serta mempunyai kaki bawah yang besar.
Pemampat senyap tanpa sebarang bunyi bising.
Aqua Kent Coral Table Top Hot Cold Normal Water Purifier - Black Silver mempunyai ciri keselamatan dan tambahan seperti berikut:
Dilengkapi dengan External Faucet untuk air tulen bersuhu biasa di sinki.
Dilengkapi dengan Child Lock untuk mengelakkan kanak-kanak daripada tertekan picu air panas dan mengalami kecederaan yang serius. Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana fungsi Child Lock ini dapat melindungi anak-anak kecil mereka daripada mengalami kecederaan yang serius.
Paip dalaman yang mengandungi keluli tahan karat dan kalis bocor-keluli tahan karat penting untuk sistem penapisan untuk memastikan air sentiasa bersih dan mengelakkan masalah paip bocor.
Berkapasiti besar-Penapis air ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.
Panel penyelenggaraan yang mudah.
Spesifikasi:
Walaupun harga penapis air Aqua Kent adalah antara yang paling murah, namun kualiti penapisan airnya setanding dengan jenama mahal yang lain dan menjadikannya antara Best water filter in Malaysia. Ini dapat dibuktikan melalui pengiktirafan yang diterima daripada badan professional antarabangsa seperti:
Anda dapat lihat bagaimana sistem penapisan air Aqua Kent bekerja melalui video di bawah.
CUCKOO WARRIOR
Water filter cuckoo ini dilengkapi dengan 3 suhu air iaitu sejuk, panas dan suhu bilik dan mempunyai kapasiti tangki 5.2 liter.
Ciri-Ciri:
Dengan 6-peringkat sistem penapisan ia dapat menghapuskan segala kotoran yang terperangkap di dalam air.
Dilengkapi dengan Antibakteria berkapasiti tinggi berserta tangki air keluli tahan karat.
Mengeluarkan air panas dan sejuk serta-merta.
Penapis air mekanikal pertama yang dilengkapi dengan fungsi faucet sterilisation yang melindungi and dan keluarga melalui bekalan sumber air bersih dan tulen.
Mempunyai kunci keselamatan kanak-kanak- sama seperti kebanyakkan penapis air yang lain Cuckoo Warrior juga menetapkan ciri keselamatan terutama untuk kanak-kanak.
Pengeluaran suhu yang berbeza dengan cepat- walaupun memiliki 3 suhu yang berbeza namun anda tidak perlu berasa risau kerana ia dapat bertindak pantas menukarkan suhu air bagi ketiga-tiga suhu yang berbeza.
Spesifikasi:
COWAY NEO PLUS
Ciri-Ciri:
Penunjuk aras air rendah-Anda dapat mengetahui tahap aras air yang berada di dalam penapis air Cuckoo Warrior.
Kunci Keselamatan kanak-kanak (Safety Child Lock)
Faucet boleh tanggal.
Kesemua filter diperakui dan disahkan oleh badan professional seperti WQA, Halal & NSF.
Coway NEO Plus amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit kerana kapasiti tangkinya kecil dan sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang rumah yang kecil.
Spesifikasi:
Tankless LG PuriCare™ Water Purifier with 3-stage filtration & Tankless Ambient water
Penapis air tanpa tangki LG PuriCare ™ memberikan air minuman bersih dengan menggunakan penapisan air koordinat tanpa tangki air. Ia adalah asas sebagai satu sentuhan untuk menggalakkan pengeluaran air panas dan sejuk. Tankless juga merupakan inovasi terkini yang menghalang pembentukan mikroorganisma.
Ciri-Ciri:
3 Peringkat penapisan
Penapis air tanpa tangki LG PuriCare™ terdiri daripada penapisan 3 peringkat yang mampu menghapuskan mikroorganisma dan 7 jenis logam berat yang terkandung di dalam air seperti:(Merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, tembaga, aluminium).
Filter change alert
Pengguna boleh memantau keadaan penapis dengan mudah melalui lampu penunjuk untuk memastikan prestasi penulen air sentiasa dalam keadaan terbaik.
Kawalan Kelantangan
Pengguna boleh mendapatkan isipadu air pilihan mereka dengan fungsi pratetap 120ml, 500ml dan 1000ml.
Paparan Sentuhan Ergonomik
Panel kawalan mesra pengguna menjanjikan pengalaman pengguna yang hebat.
Penjagaan Pensterilan UV 2 Lapisan.
180˚ Rotating Tap.
Spesifikasi:
SK MAGIC JIKSOO WIZ.C
Penapis air yang sesuai untuk rumah atau pejabat yang memerlukan sistem penulen penapis air dispenser padat dengan suhu air panas dan sejuk. Memperkenalkan sistem pensterilan paip air UV automatik setiap 2 jam yang boleh menjamin keselamatan dan kebersihan dalam minuman anda.
Ciri-Ciri:
Air bebas backteria dengan pensterilan UV automatik.
Penunjuk cahaya intuitif dengan mood lampu estetik.
Menghapuskan semua bahan tercemar berbahaya sambil mengekalkan mineral penting.
Meningkatkan kebersihan.
Pensterilan automatik bilik air setiap 12H selama 7 minit.
Pensterilan automatik tab air setiap 2H memastikan keselamatan dalam setiap titisan.
Spesifikasi:
PANASONIC ALKALINE IONIZER | TK-AJ11-PNMA
Mesin air beralkali mampu menghasilkan jenis air yang berbeza melalui proses elektrolisisnya untuk memadankan badan anda untuk kesihatan yang lebih baik. Dilengkapi dengan ciri-ciri model seperti berikut.
Ciri-Ciri:
Penapis mesh
Kain bukan tenunan
Karbon teraktif berbutir
seramik
Membran gentian berongga
Spesifikasi:
3M™ Filtered Water Dispenser HCD-2, 1 ea/Case
3M™ Filtered Water Dispenser mampu menggandakan tahap perlindungan dalam setiap titisan. Ia juga menggabungkan teknologi penapisan karbon dan UV secara baik untuk menghapuskan bahan cemar berbahaya dan mengurangkan 99.9% bakteria dan virus.
Ciri-Ciri:
Teknologi Ultraviolet – teknologi ini mampu menyahaktifkan kedua-dua virus dan bakteria dengan berkesan.
Diuji mengikut Piawaian daripada badan professional seperti NSF/ANSI 42 dan 53.
Menghalang pertumbuhan bakteria dalam penapis dengan media campuran khas.
Reka bentuk kartrij Sanitary Quick Change (SQC) membantu menyediakan penukaran kartrij yang cepat dan mudah dengan usaha yang minimum.
Spesifikasi:
Tupperware Nano Nature Water Filtration System
Tupperware Nano Nature Water Filtration System adalah salah satu penapis air yang dapat menjimatkan ruang kerana bersaiz kecil. Sangat sesuai diletakkan di rumah yang mempunyai ruang terhad.
Ciri-Ciri:
Membuang 99.99% bakteria.
-Pada 2 nano-m lebar, penapis alumina nano memerangkap walaupun sedimen paling kecil, menyingkirkan 99.99% bakteria untuk mendapatkan sumber bekalan air tulen.
Diperkaya Secara Semulajadi.
Peningkatan Tahap pH.
-Tahap pH dinaikkan melalui proses naturalisasi 3 peringkat, yang membantu mengimbangi keasidan dalam badan untuk kesihatan yang lebih baik.
Mesra Alam.
-Tiada elektrik diperlukan kerana anda hanya hidupkan paip untuk mendapatkan air minuman berkualiti tinggi.
Kadar Aliran Tinggi
-Kadar aliran tinggi 3.5L/minit.
LED pintar
-LED berkuasa bateri menyala apabila tiba masanya untuk menggantikan penapis.
HARGA
RM2,920.00
Bacfree Watero-UF Smart Water Dispenser
Kecil, mudah alih dan mudah digunakan – Penapis air ini sesuai bagi mereka yang ingin menjimatkan ruang rumah dan penapis ini mudah dibawa kerana saiznya yang ringan.
Child Lock Button-Mengelakkan kemalangan seperti kanak-kanak tertekan air panas secara tidak sengaja.
Watero disertakan dengan peringatan apabila tiba masanya untuk menukar penapis air anda.
Tiada pemasangan Plug-and-Play Water Dispenser - Memudahkan pemasangan Watero di mana sahaja.
Spesifikasi:
Aqua Kent Jade Tankless Instant Water Purifier Hot Cold Ambient Water
Ciri-Ciri:
Child-Button - Seperti jenama lain, model Aqua Kent Jade Tankless juga mementingkan ciri keselamatan untuk mengelakkan kanak-kanak menekan air panas secara tidak sengaja yang boleh mengakibatkan kecederaan.
Papan kawalan - Anda boleh menetapkan kawalan seperti suhu, child lock, lampu dan lain-lain mengikut kesesuaian dan kehendak anda.
Model penapis air Aqua Kent ini agak berbeza dengan penapis air yang lain dari segi rekaan seperti papan kawalan berada di atas yang agak berbeza dengan jenama penapis air yang lain. Ia menjadikan penapis air ini lebih unik dari segi reka bentuknya.
Spesifikasi:
PENAPIS AIR PILIHAN:
Aqua Kent Coral Table Top Hot Cold Normal Water Purifier - Black Silver
Mengapa kami memilih penapis air ini sebagai penapis air yang terbaik:
Harga – Antara Water filter in malaysia yang mempunyai harga yang lebih murah berbanding jenama lain.
Pengiktirafan- Menerima pengiktirafan daripada beberapa badan professional kerana ia telah memenuhi penilaian daripada piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan.
Penapis air ini sesuai untuk sesiapa ingin mendapatkan penapis air pada harga mampu milik tetapi berkualiti tinggi. Walaupun harganya murah, namun kualiti yang diberikan oleh penapis air Aqua Kent ini setanding dengan jenama yang lain. Teknologi yang digunakan juga sama seperti penapis air yang lain dan dengan harga murah yang ditawarkan anda dapat menikmati penapis air yang terbaik di rumah anda.
Disediakan oleh:
Fazillah Asyikin Binti Nor
Comments
Post a Comment